Tuesday, December 26, 2017

BLACKFIRE 2017

Banyak yang menghubungi kami bertanyakan tentang barisan line-up BLACKFIRE yang akan beraksi di Mamatfest pada 6 Januari 2018 ini di Blackbox Publika Solaris Dutamas. Ia akan turut membawakan kumpulan yang sedang mengegar arena gindcore antarabangsa iaitu WORMROT. Kali terakhir BLACKFIRE beraksi adalah pada 2010 lalu di Vokill Fest, KL. Walaupun ia telah diisytihar sebagai penamat karier Azmi, Rammy dan Joe, perjuangan BLACKFIRE diteruskan oleh Hadi dan Core. Dan mereka akhirnya telah dilamar oleh Mamatfest untuk beraksi dalam acara tahunan ini.

Walaupun menempuhi bermacam-macam halangan dan berbagai-bagai kesulitan. Hadi sebagai peneraju BLACKFIRE akhirnya telah berjaya mengumpulkan barisan ahli untuk mengegarkan MAMATFEST 2018:


Witch Hunter atau dikenali sebagai Nizam adalah pemain gitar berpengalaman dari kumpulan BLACK PRIEST (tiada material rasmi), STORMING STEELS ( rujuk split album “The Twin Bestial Forces”, album “Aggression Thrashing Fist”, split album “Unholy Trashing Savage” dan split album “Ultimate Thrashing Demons”. Beliau kini turut meneraju sebuah kumpulan thrash metal bernama SAVAGE (rujuk sebuah trek dalam kaset kompilasi A Sound From The Northern Sky terbitan Raung Rekord). Nizam akan mengambil posisi sebagai penyanyi utama dalam BLACKFIRE.

Subri adalah pemain bass asal BLACKFIRE, beliau adalah orang yang melakar logo BLACKFIRE. Setelah keluar pada 1988, beliau menumpukan kerjaya sebagai guru muzik dan kini bermain dalam cover band yang mendendangkan klassik hard rock bernama SUNDAY BAND. Kumpulan turut dianggotai Megat dari kumpulan old school metal HYENA. Mereka aktif mengadakan persembahan disekitar Perlis. Subri kini lebih gemar bermain keyboards dan gitar. Dan pada kali ini beliau akan mengalas posisi pemain gitar.

Din Pendita Gila juga sudah pernah menganggotai BLACKFIRE sebelum ini setelah SIL KHANNAZ berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau adalah pemain gitar yang berkhidmat untuk SIL KHANNAZ ketika merakamkan demo 1992. Walaupun kini menetap di Pulau Langkawi, beliau tetap komited berlatih untuk persembahan ini dengan mengalas posisi pemain bass.

Syed diundang dari kumpulan glam hard/rock METAL KAYANGAN sebagai pemain gitar utama.

Manakala Hadi akan kekal sebagai tunggak BLACKFIRE dengan melontarkan vokal kedua sambil bermain dram.

Semoga persembahan mereka berjalan lancar. Sila beri sokongan anda kepada mereka!

Untuk pengetahuan: Penyanyi asal BLACKFIRE, Azmi Bahari menghadapi masalah kesihatan yang serius dan memerlukan penjagaan serta rawatan rapi. Semoga beliau kembali pulih seperti biasa. Kami menghargai doa kawan-kawan semua.

1 comment: