Thursday, August 25, 2016

BOXTAK “Demo 2015” (BLAZT PRO) –MALAYSIA


Suffian, pemilik Blazt Promotion adalah orang lama dalam UG scene Malaysia, usaha beliau dalam memperkenalkan kumpulan-kumpulan baru kehadapan patut dicontohi. Semangat UG yang asal itu boleh dirasai lagi dengan tebitan-terbitan dari Blazt kerana BUKAN lagu ‘boleh jual’ yang menjadi kriteria label beliau tetapi lebih kepada memberi peluang kepada anak muda. Terdapat 5 lagu dirakam dalam demo ini dan mereka turut merakamkan sebuah lagu saduran dari WORMROT “False Grind Sodomy”. Demo ini dirakam secara cermat juga, anda boleh berhibur dan meniliai potensi yang ada pada BOXTAK. Mereka adalah anak muda dari Lahad Datu yang membawakan genre grindcore/noise. Diterbitkan dalam kuantiti 25 keping sahaja. Yang ralatnya CD ini, belum sempat saya habis kunyah seketul karipap, dah habis 5 lagu!

No comments:

Post a Comment