Tuesday, July 7, 2015

BRAYOK “Let’s go” (NERVHOUS RECORDS) –MALAYSIA



Saya mendapat CD ini dari Ahmad Nizang, DUM DUM TAK. Pakej album ini agak unik dan menarik, seolah-olah ia produksi demo d.i.y tetapi apabila dibuka, ternyata “Let’s go” adalah sebuah hasil professional. Sudah lama rasanya saya tidak mendengar punk rock tempatan dengan sentuhan old-school dirakam dengan baik seperti BRAYOK. Saya sukakan kemeriahan ketukan dram oleh Solih Bugs yang boleh dikatakan menjana tempo penuh bertenaga kepada komposisi BRAYOK. Mungkin juga kerja adunan yang baik dari Yazid, Dysmedia Production memainkan peranan besar.

BRAYOK ditubuhkan di Ipoh pada tahun 2004. Memang BRAYOK berada dalam kelas ‘standard’ punk rock namun dengan pengaruh reggae yang mereka ketengahan (dan melakukannya dengan baik sekali), boleh jadi mereka mempunyai keunikan yang tersendiri mengatasi typical punk rock Malaysia yang lain. Saya tidak katakan lagu-lagu reggae mereka lebih baik, lagu berat punk rock mereka bersama D-Beat yang laju dan khorus harmoni mereka juga mantap. Apa yang saya maksudkan, campuran kedua genre itu digarap dengan baik dalam album ini. Malah mereka menyusun lagu rancak dan santai berselang-seli membuatkan saya tidak jemu mendengarnya berkali-kali.

BRAYOK memuatkan tema politikal dan penentangan sistem yang sedang ligat dibahaskan dalam media sosial, restoran mamak, parlimen mahu pun bilik berita TV. Rasanya jika lagu-lagu reggae/ska mereka  diperdengarkan pada orang awam, mungkin ia dah menjadi siulan rakyat. Dengan sedikit humor dan tidak begitu teknikal, ia pasti mudah dihadam pendengar dengan meluas.

Seperti QUEEN, semua anggota BRAYOK boleh menyanyi jadi saya tidak pasti siapakah yang melontarkan suara yang bagus untuk lagu-lagu seperti “Hikayat Penuh Sakti”, “Dunia Perlumbaan” “Penjenama Menaja Kesesatan”, “Brayok Mok”, manakala lagu-lagu seperti “My Malaysia”, “Shitworker” dan seterusnya boleh diperbaiki lagi… Ah! Tapi ini punk rock, pedulikan aja. Mungkin mereka sendiri inginkan hasil yang lebih mentah dan lasak.

Dapatkan CD ini jika anda penentang sistem yang disedia pemerintah korupsi. Hubungi: ruddruddy@gmail.com atau slack2punk@gmail.com

FACEBOOK BRAYOK

No comments:

Post a Comment